Seller’s Terms – AmBank (M) Bhd / AmBank Islamic Berhad
The following vehicles are offered for sale by AmBank (M) Bhd / AmBank Islamic Berhad. All bidders are required to read, understand and acknowledge the following Seller’s Terms before placing a bid.
To All Bidders Interested in Bidding on Vehicles Auctioned by AmBank (M) Bhd / AmBank Islamic Berhad
Please take note of the following matters before bidding on any auction vehicle.
- Vehicles auctioned are on “as-is where is” basis without any warranty as vehicles auctioned are used and repossessed vehicles.
- Interested bidders must have viewed and inspected the vehicles including the engine and chassis numbers before bidding at your own satisfaction.
- Transfer of ownership name must be done within 14 days after taking delivery of the transfer documents from AmBank. Details please refer Section 6 (6.3) of Terms & Conditions of Sale.
- Auction deposit, balance and premium will not be refunded if:
(a) Engine Changed and/or Engine Numbers differ;
(b) Puspakom VR1 Inspection Report result is conditional passed report;
(c) Puspakom VR1 Inspection Report Failed due to Joined
Wheel House, Joined Pillars and repaired accident unit without respective authority approval.
For details please refer to Section 8.0 of Terms & Conditions of sale
- There will be no refund or reduction of auction bidding price if the year and model in auction list does not tallies with the RC or JPJ record. Bidders had been advised to check on their own and verify the vehicles details with the relevant authority before bidding.
- Request for compensation of repair cost will not be entertained for whatsoever reason.
For details and understanding of the auction please refer to term and conditions of sale before bid.
Terma Penjual – AmBank (M) Bhd / AmBank Islamic Berhad
Kenderaan-kenderaan berikut ditawarkan untuk jualan oleh AmBank (M) Bhd / AmBank Islamic Berhad. Semua pembida dikehendaki membaca, memahami dan mengakui Terma Penjual berikut sebelum membuat sebarang bidaan.
Kepada Semua Pembida Yang Berminat Membida Kenderaan Yang Dilelong Oleh AmBank (M) Bhd / AmBank Islamic Berhad
- Kenderaan yang dilelong adalah berdasarkan keadaan ‘sedia-ada’ tanpa jaminan kerana kenderaan yang dilelong adalah kenderaan terpakai dan yang ditarikbalik.
- Pembida berminat semestinya sudah melihat keadaan kenderaan yang hendak dibida termasuk meneliti nombor enjin dan casis sebelum membuat pembidaan dan atas kepastian sendiri.
- Penukaran hakmilik hendaklah dilakukan dalam masa 14 hari selepas dokumen-dokumen penukaran hakmilik diserahkan kepada pembida. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Seksyen 6 (6.3) Terma & Syarat Penjualan.
- Deposit lelongan, baki dan premium tidak akan dipulangkan jika:
(a) Tukar Enjin dan/atau Nomber Enjin Berlainan/Tidak Sama;
(b) Lapuran Pemeriksaan Puspakom VRI adalah lulus bersyarat;
(c) Lapuran Puspakom Gagal disebabkan ‘wheel house’ kerangka ‘pillars’ bersambung dan pembaikan keatas kenderaan kemalangan yang tidak mempunyai kelulusan pihak berkuasa.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Seksyen 8.0 Terma & Syarat Jualan.
- Tidak akan ada pengembalian wang atau pengurangan harga bidaan sekiranya terdapat kelainan jenis model serta tahun buatan kenderaan daripada kad pendaftaran atau rekod Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ]. Pembida telah dinasihatkan membuat pemeriksaan dan kepastian kenderaan secara sendiri dengan pihak berkuasa sebelum membida.
- Permintaan gantirugi kos pembaikan tidak akan dilayan walau atas apa jua alasan.
Untuk keterangan dan kefahaman tentang lelongan, sila rujuk kepada Terma & Syarat Jualan sebelum membida.
Circular date : 04/01/2011 | Issued by : Asset Management